Tuesday, June 28, 2011

LIKU2 KERJAYA SEBAGAI "CALLMAN"

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia kepada semua kawan2 di luar sana. Diruangan ini,aku nak ceritakan sedikit sebanyak ttg kerjaya malam yg aku ceburi sejak 2 tahun yg lalu...iaitu "Callman" atau dlm bahasa lembut nya, Insurance Claim Advisor.

Sebenarnya kerjaya seperti ini memerlukan tahap kesabaran yg paling tinggi....sbb kami perlu berkomunikasi dgn pelanggan yg bukan saja dari berbagai bangsa,malah berbagai perangai dan juga mood. Selain itu,keberanian juga penting...bukan dari faktor nak berlawan tetapi dari faktor yg mana kadang2 memerlukan kami bergegas ke tmpt kejadian dgn segera, menunggu di tmpt yg agak "keras" atau membantu pihak polis ataupun yg paling x dpt dilupakan..menyaksikan kemalangan yg mengakibatkan kemalangan jiwa atau kematian.

Ramai yg menganggap org yg menceburi kerjaya seperti ini adalah org yg suka bergaduh,samseng dan sebagai nya. Itu mungkin dulu...hehehehe,jgn terlalu cepat menghakimi seseorang dari pandangan luaran...(dont judge the book by its cover) kate owg puteh. Yang sebenar nya,kerjaya seperti ini lah yg membuat kan kami semakin mengenali dan mempunyai ramai kenalan dari kerjaya yang lain. Contoh nya...polis,peronda lebuhraya,bomba dan juga insan2 yg turut memberi "informasi" pada kami ttg berlakunya kemalangan.Mungkin ramai yg menganggap kami nak mendominasi jalanraya apabila bergegas ke tmpt kejadian...tetapi anda perlu berfikir secara rasional, sekiranya yg mendapat kemalangan itu adalah dari keluarga atau kenalan anda, apa yg anda lakukan????

Disamping mencari rezeki tambahan utk keluarga, kami juga nak membantu insan2 yg terbabit dlm kemalangan. Kadang kala kesabaran kami turuji dgn perangai org2 yg ada di sekeliling,samada yg terbabit atau yg terlalu prihatin utk menyaksikan kemalangan itu,hehehe.
Apapun,kerja tetap kerja...kena selesaikan jgak kan..???

Okey lah, setakat nie saja yg mampu aku cerita kan buat masa nie. InsyaAllah, kalau ada mood lebih, aku akan berkongsi lagi dengan anda semua di luar sana dengan menyertakan gambar2 sekali...jgn ada yg x sanggup tgk plak nnt yer...hahahahaha.

Sekian...Wassalam.

"Pandu cermat,Jiwa selamat...Ingat org tersayang"

2 comments: